Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 14 September 2022 - Ketua Setiausaha, YBhg. Dato’ Sri Muez Abd Aziz telah menyempurnakan Majlis Perasmian Padang Bola Sepak ZETRO bertempat di Padang Bola Sepak Wisma ZETRO, MINDEF 2.

Dalam majlis tersebut YBhg. Dato’ Sri Muez Abd Aziz juga turut menyampaikan Hadiah Kejohanan Liga Bola Sepak Piala KSU Kementerian Pertahanan 2022. Juara bagi pertandingan tersebut telah dimenangi oleh Pasukan Brotherhood. Manakala Naib Juara dimenangi oleh Gasper dan tempat ketiga pula dimenangi oleh Warlander.

Selain itu, YBhg Ketua Setiausaha turut menyampaikan hadiah kepada Anugerah Penjaring Terbanyak iaitu En. Badrum Hisyam dari Pasukan Warlander, Anugerah Pemain Pertahanan Terbaik, Anugerah Pemain Tengah Terbaik serta Anugerah Penjaga Gol Terbaik.