Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 14 September 2022 - Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein telah meninjau beberapa blok kediaman seterusnya mendapatkan taklimat mengenai keadaan semasa fasiliti serta infrastruktur di RKMAT DTHO ini dan RKMAT Jalan U-Thant.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, hasil daripada tinjauan dan taklimat ini, peruntukan sebanyak RM1 juta telah diluluskan MINDEF bagi tujuan senggaraan segera di RKMAT DTHO dan Jalan U-Thant. Peruntukan ini bakal dimanfaatkan oleh 1,730 anggota ATM dan 20 warga awam MINDEF di RKMAT DTHO serta 270 anggota ATM dan 12 warga awam MINDEF di RKMAT Jalan U-Thant.

Beliau turut mengarahkan supaya kerja-kerja senggaraan ini dilaksanakan secepat mungkin demi keselesaan penghuni dua RKMAT ini.

Kediaman merupakan keperluan yang mustahak apatah lagi bagi anggota ATM yang selalu terpaksa meninggalkan anak dan isteri. Penting untuk ahli keluarga mereka ditinggalkan dalam kediaman yang selesa dan selamat sekaligus memastikan moral dan semangat anggota yang bertugas sentiasa di tahap terbaik.