Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 14 September 2022 - Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein telah mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Kementah, Kuala Lumpur.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, MINDEF telah memperuntukkan sebanyak RM8 juta bagi tujuan senggaraan segera fasiliti di sekolah-sekolah dalam kem ATM di seluruh negara termasuklah SK Kementah. Peruntukan sedia ada akan disalurkan secepat mungkin untuk kerja-kerja selenggara pada tahun ini. Antara kerja senggaraan yang akan dilaksanakan termasuklah melibatkan kemudahan asas dan pendawaian elektrikal.

Inisiatif pendidikan ATM ini turut dipanjangkan untuk Studio Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah dan Kelas Abad Ke-21 seperti yang ada di SK Kementah ini ke sekolah-sekolah dalam Kem ATM di seluruh negara dan bakal dimanfaatkan kepada lebih 20,000 pelajar, 2,000 guru serta kakitangan sokongan.

Turut serta dalam sesi lawatan di SK Kementah ialah Ketua Setiausaha, YBhg. Dato’ Sri Muez Abd Aziz serta pegawai-pegawai kanan awam dan tentera Kementerian Pertahanan.