Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 13 September 2022 - Kementerian Pertahanan melalui Kelab Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan (KAKEP) telah melaksanakan Program Derma Darah bersempena Sambutan Hari Malaysia Tahun 2022 di ruang legar Wisma Pertahanan.

Program yang berlangsung bermula 12 September sehingga hari ini mendapat sambutan yang hebat dari warga Kementerian dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).