Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KAJANG, 12 September 2022 - Bagi memupuk dan meningkatkan lagi semangat patriotik, satu kolaborasi antara RTM dan Tentera Darat telah dilaksanakan. Kolaborasi ini juga dilaksanakan bersempena dengan Hari Malaysia yang bakal disambut pada 16 September 2022.

Usaha yang dilaksanakan ini juga diharap dapat memberi pendedahan dan disamping itu juga ia diharap dapat memberi peluang orang ramai merasai pengalaman menjalani latihan ketenteraan serta mempelajari sejarah Kemerdekaan.

Program selama 4 hari 3 malam di 31 RAD Kem Tun Ibrahim, Kajang ini turut melibatkan seramai 47 orang penyampai radio, penerbit rancangan dan pasukan keselamatan daripada 13 buah stesen RTM seluruh Malaysia.

Sumber : Tentera Darat Malaysia