Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

SELANGOR, 10 September 2022 - KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan untuk bercemar duli bagi menyempurnakan Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Awam (UA) ke-40 bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

Istiadat Perbarisan ini melibatkan 1,625 orang Pegawai Kadet PALAPES terdiri daripada 16 detasmen dari 19 Universiti Awam seluruh Malaysia.
Pegawai Kadet PALAPES ini turut dikurniakan watikah tauliah terdiri daripada 1,024 orang Pegawai Kadet Tentera Darat Malaysia (TDM), 277 orang Pegawai Kadet Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan 324 orang Pegawai Kadet Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Ianya merupakan acara tahunan yang berjaya dianjurkan oleh Universiti Awam setelah Negara memasuki fasa endemik.

Turut hadir Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Setiausaha, YBhg. Dato’ Sri Muez Abd Aziz, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj. Affendi Buang TUDM dan Panglima-Panglima Perkhidmatan.