Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 8 September 2022 – Upacara Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) hari ini diketuai oleh Laksamana Muda Syed Ahmad Hilmi bin Syed Abdullah dan Mejar Jeneral Dato’ Dr Md Zaki bin Md Zain TUDM bagi penerimaan pingat Darjah Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT).

Sesi Kedua Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) bagi tahun 2020/2021 ini telah dirasmikan oleh Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein bertempat di Wisma Perwira KEMENTAH sebentar tadi.

Istiadat Penganugerahan DKAT kali ini menyaksikan seramai 14 penerima telah menerima pingat Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT), 134 penerima telah menerima pingat Pahlawan Angkatan Tentera (PAT), 433 penerima telah menerima pingat Kesatria Angkatan Tentera (KAT), dan 410 penerima telah menerima pingat Bentara Angkatan Tentera (BAT).

Turut hadir bersama adalah Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz; Panglima Angkatan Tentera, YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj. Affendi bin Buang TUDM; serta Panglima-Panglima Perkhidmatan.