Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 5 September 2022 – Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein telah menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Singapura, TYT Lawrence Wong di Wisma Pertahanan hari ini.

Ketibaan TYT Lawrence Wong dan delegasi turut disambut oleh Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz; Ketua Setiausaha, YBhg. Dato’ Sri Muez Abd Aziz dan Panglima Angkatan Tentera, YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj. Affendi bin Buang TUDM serta Panglima-Panglima Perkhidmatan.

TYT Lawrence Wong turut menerima Kawalan Kehormat Utama oleh Rejimen Askar Melayu Diraja di Perkarangan Wisma Pertahanan.