Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KEDAH, 4 September 2022 - Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

AKM di Stadium Darul Aman ini adalah edisi kesembilan dan telah berlangsung selama 3 hari bermula 2 - 4 September 2022. Siri jelajah kali ini telah melakar sejarah apabila mencatat kehadiran lebih 100,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjuran.

Kementerian Pertahanan juga tidak ketinggalan turut serta dalam program jelajah AKM ini. Terdapat pameran senjata, kaunter pertanyaan Veteran ATM dan perkhidmatan JHEV turut disediakan bagi memudahkan urusan pengunjung.

Siri jelajah ini akan diteruskan di seluruh negara dengan segmen perkhidmatan sama bagi memenuhi keperluan rakyat dan membantu penghayatan terhadap pengertian AKM yang menitikberatkan tiga teras utama iaitu Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran.

AKM ini merupakan sebahagian usaha kerajaan menyumbang kepada rakyat yang berfokuskan kepada kemudahan perkhidmatan secara langsung sekali gus memelihara kesejahteraan dan kepentingan Keluarga Malaysia.