Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 1 September 2022 – Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato’ Sri Muez Abd Aziz telah menerima Kunjungan Hormat daripada Penasihat Pertahanan dan Penolong Penasihat Pertahanan MALAWAKIL di Wisma Pertahanan sebentar tadi.

Sesi ramah mesra antara Bakal Penasihat Pertahanan Malaysia ke luar negara bersama Ketua Setiausaha Pertahanan bagi mendapatkan mandat, pandangan serta membincangkan isu-isu semasa dari aspek pertahanan.

Ianya juga adalah sebagai simbolik penyerahan Watikah Pelantikan sebagai MALAWAKIL Penasihat Pertahanan ke negara-negara asing.

Kunjungan hormat ini dihadiri oleh Brigedier Jeneral Azrin Iskandar bin Zulkaply, Bakal Penasihat Pertahanan Jakarta, Indonesia, Kolonel Mohamad Nizam bin Abdul Manap, Bakal Penasihat Pertahanan Abu Dhabi, UAE, Kolonel Mahamad Fazli bin Mat Idris, Bakal Penasihat Pertahanan Canberra, Australia, Kolonel Nor Azizi bin Abdullah, Bakal Penasihat Pertahanan Brunei, Kolonel Noraripin bin Othman, Bakal Penasihat Pertahanan Islamabad, Pakistan, Kepten Zainol bin Ahmad, Bakal Penasihat Pertahanan Paris, Perancis.