Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 31 Ogos 2022 – Sambutan Hari Kebangsaan 2022 pada hari ini telah dianjurkan dengan penuh kemeriahan dan berskala besar di Dataran Merdeka.

Bertemakan “Keluarga Malaysia Teguh Bersama” dapat dilihat dengan kedatangan para pengunjung ke dataran merdeka untuk bersama-sama menyambut hari yang bersejarah ini. Lantas, membuktikan semangat perpaduan dan cintakan negara yang tinggi di dalam setiap jiwa rakyat Malaysia.

Keberangkatan tiba KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Bersama Raja Permaisuri Agong memeriahkan lagi sambutan hari kebangsaan ini dengan penuh tatacara istiadat diraja.

Penganjuran kali ini melibatkan perarakan dari kontinjen Kementerian-Kementerian termasuk Kementerian Pertahanan, kontinjen konvoi Merdeka, Kontinjen swasta dan GLC, Kontinjen Ketenteraman Awam dan Kontinjen Keselamatan Negara. Ketiga-tiga cabang perkhidmatan yang terdiri daripada TDM, TLDM dan TUDM mengambil bahagian dalam perarakan mewakili Kontinjen Keselamatan Negara termasuklah Kontinjen Veteran ATM.

Antara aset-aset yang dipamerkan Tentera Darat kepada umum adalah Scrambler, ATV, G-Wagon, VAMTAC, KPS GK MK I, Gempita, Tarantula, ADNAN dan MIFV termasuk senjata Meriam 105 MM PH L5, Meriam 155 MM G5, IGLA, JERNAS, PENDEKAR serta pelbagai aset lain.

Pengunjung turut disajikan dengan pertunjukan udara melibatkan aset TUDM, TLDM dan TDM seperti helikopter EC 725 AP, AW139, AW109, Super Lynx, FENNEC dan MD503. Pesawat A400M dan C130H turut membuat penampilan lintas udara disusuli dengan pesawat pejuang SU-30 MKM, PC 7 MK II, HAWK dan HORNET membawa simbolik ‘The Sound of Freedom’.

Turut hadir memeriahkan sambutan ini Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Isteri, Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz, Ketua Setiausaha, YBhg. Dato’ Sri Muez Abd Aziz dan Isteri, Panglima Angkatan Tentera, General Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM serta Panglima-Panglima Perkhidmatan.