Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

THAILAND, 26 Ogos 2022 - YBhg. Dato' Sri Muez bin Abd Aziz juga telah mengadakan kunjungan hormat kepada Chairman of Board of Directors, TYT General Porpol Maneerin dan Director General, TYT General Choochart Buakhou di Defence Technology Institute (DTI) Thailand, organisasi penyelidikan di bawah Kementerian Pertahanan Thailand.

Pihak DTI telah memberikan pembentangan berkenaan organisasi tersebut dan juga pameran berkaitan produk-produk hasil penyelidikan di bawah organisasi tersebut.

Kunjungan hormat ini merupakan Lawatan Kerja Rasmi Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan ke negara Thailand.