Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

THAILAND, 26 Ogos 2022 - Kunjungan Hormat Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato' Sri Muez bin Abd Aziz kepada rakan sejawatnya, Setiausaha Tetap, TYT General Warakiat Rattananont di Kementerian Pertahanan Thailand.

Antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan hubungan dua hala dan pelbagai hala Malaysia dan Thailand serta potensi kerjasama yang boleh diterokai dalam bidang industri pertahanan bagi mengukuhkan lagi hubungan pertahanan Malaysia dan Thailand.

Kunjungan hormat ini merupakan Lawatan Kerja Rasmi Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan ke negara Thailand.