Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2022 - Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Induk Pameran Maritim Dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA 2023), di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada hari ini.

Mesyuarat ini dipengerusikan secara bersama oleh Ketua Setiausaha, Ybhg. Dato’ Sri Muez Abd Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, YBhg. Datuk Isham Ishak dan Panglima Angkatan Tentera, Ybhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Affendi Buang.

Ianya bagi membincangkan tentang persiapan awal pelaksanaan dan perancangan bagi Induk Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA 2023) yang bakal berlangsung tahun hadapan.