Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2022- Sesi lawatan Panel Penilai Program Keceriaan Antara Kementerian Sempena Sambutan Bulan kebangsaan 2022 oleh Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang diketuai oleh Prof Ts Dr Khairul Aidil Azlin Abd Rahman dari Universiti Putra Malaysia.

Sesi telah dimulakan dengan taklimat oleh Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) dan seterusnya pasukan panel penilai di bawa ke Sudut EKSA BKP yang bertemakan Kemerdekaan. Panel Penilai seterusnya ke Bahagian Akaun yang menyediakan dua Sudut Merdeka yang menggunakan bahan-bahan kitar semula.

Sesi lawatan diteruskan ke Sudut Merdeka MINDEF yang terletak di lobi utama dan ahli panel dapat menyaksikan sendiri bahan-bahan pameran serta pameran Ikon/Pahlawan yang memperjuang keamanan dan kemerdekaan dari setiap perkhidmatan serta penerangan ringkas oleh wakil perkhidmatan. Dapat dilihat, ahli panel turut tertarik dgn Arca Bapa Kemerdekaan yang dihasilkan oleh CPB, BKP yang menggunakan bahan-bahan binaan terpakai. Dimaklumkan proses keseluruhan mengambil masa 1 bulan untuk disiapkan.

Sebelum berangkat pulang, Ahli Panel turut melawat Sudut Aktiviti Merdeka yang diwujudkan khas untuk mengadakan program dan aktiviti sepanjang bulan kemerdekaan bagi memberi ruang Warga Kerja Pertahanan merasai kemeriahan sambutan bulan kemerdekaan.