Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 24 Ogos 2022 – Dalam menyambut Hari Kebangsaan yang bakal tiba, Kementerian Pertahanan mengambil peluang mengadakan sudut pameran yang menonjolkan ikon/tokoh dari setiap perkhidmatan di bawah ATM.

Pameran ini memberi ruang kepada warga kerja pertahanan dalam mengenali tokoh yang berjuang mempertahankan keamananan dan kedaulatan Negara. Warga kerja pertahanan turut berpeluang melihat secara dekat pameran logistik dan senjata ringan serta uniform yang dipakai oleh anggota ATM pada waktu dahulu. Turut dipamerkan arca ‘Bapa Kemerdekaan’ yang dibina menggunakan bahan-bahan terpakai daripada peralatan /bahan senggaraan bangunan oleh Cawangan Penyelenggaraan, Bahagian Khidmat Pengurusan.