Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 23 Ogos 2022 - Sekitar sambutan Jubli Emas yang ke-50 tahun Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dengan tema “Transformasi Nadi LTAT” yang berlangsung di Auditorium Wisma Pertahanan bermula dari 17 hingga 26 Ogos 2022.

Warga MINDEF berpeluang merasai pelbagai aktiviti yang terdapat di pameran yang disediakan antaranya pameran sudut infotainment, mesin layan diri Royale Pharma 24/7, gold bar challenge, 360° Photobooth, VR station dan banyak lagi.

Sambutan Jubli Emas ini memberi peluang kepada LTAT untuk mengukuhkan hubungan dengan anggota ATM yang telah memberikan keyakinan dan kepercayaan mereka kepada LTAT dan sebagai penghargaan kepada semua pegawai dan kakitangan atas dedikasi, sumbangan, dan komitmen mereka dalam menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pencarum.