Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUCHING, 21 Ogos 2022 – Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz telah menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada Veteran ATM Peringkat Negeri Sarawak. Pada majlis tersebut, YB Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz telah menganugerahkan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 700 orang Veteran ATM.

Majlis yang diadakan pada hari ini merupakan majlis penganugerahan yang pertama yang diadakan dalam fasa endemik Covid-19 di Malaysia Timur. Sehingga hari ini, terdapat 31,221 warga Veteran ATM telah menerima Pingat Jasa Malaysia manakala bagi veteran yang layak dan belum lagi dianugerahkan akan dijadualkan penganugerahannya pada masa akan datang.