Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 18 Ogos 2022- Ketua Setiausaha, YBhg. Dato' Sri Muez bin Abd Aziz telah menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) & Pingat Perkhidmatan Pekerti Terbilang (PPT) Tahun 2022 Peringkat Markas 12 Briged yang bertempat di Kem Wardieburn sebentar tadi.

Majlis yang berlangsung pada hari ini melibatkan seramai 37 orang penerima APC dan 4 orang pesara wajib yang bertugas di Negeri Selangor dan Kuala Lumpur.

Semua penerima APC menerima Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan insentif prestasi wang tunai berjumlah RM1,000.00. Sementara itu, para pesara menerima Sijil Penghargaan serta insentif persaraan berjumlah RM400.00 dan juga tambahan pingat PPT kepada mereka yang bersara wajib.

Majlis turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan ,YBrs. Dr. Anis bin Mahmud, Panglima 12 Briged, YBhg. Brig. Jen. Sani bin S Omar, Pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan ATM.