Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 22 Ogos 2022 - YBhg. Dato' Sri Muez bin Abd Aziz telah menyampaikan Amanat Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan (KSU) di Auditorium Wisma Pertahanan pagi ini.

Majlis ini telah dihadiri lebih 300 orang pegawai awam Kementerian Pertahanan dari gred 41 hingga 52. Dalam ucapannya, KSU telah meminta agar pegawai awam sentiasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh jujur, cekap dan amanah sebagai satu usaha berterusan untuk memartabatkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam.

Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa penjawat awam adalah aset kepada kerajaan dan penjawat awam juga bertanggung jawab dalam menentukan masa depan kementerian ini sama ada ke arah kejayaan atau sebaliknya. Oleh itu bagi memastikan imej dan prestasi MinDef berada pada tahap yang tinggi, kerjasama secara berpasukan amat perlu dalam menyumbangkan perkhidmatan yang produktif dan berkualiti bagi mencapai visi dan misi kementerian sejajar dengan slogan MinDef "Pertahanan Negara Tanggungjawab Bersama".

Akhir sekali, Ketua Setiausaha turut mengingatkan pegawai agar bekerjasama dalam kumpulan bukannya "working in silos” seperti mana tagline yang pernah beliau perkenalkan iaitu "together we do better". Dengan harapan kesepaduan ini dapat diteruskan dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan Negara sentiasa terpelihara.