Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

SARAWAK, 15 Ogos 2022 – Tentera Darat Malaysia terus memperkukuhkan kerjasama bersama Tentera Nasional Indonesia – Angkatan Darat (TNI-AD) menerusi pengaktifan Pos Gabungan Malaysia – Indonesia (GABMA) OPs Keris Parang Gabungan 2022 di Kuching.

Kerjasama kedua-dua negara dalam melaksanakan Operasi Pengawal Keselamatan Pos selama 24 jam, Rondaan Kenderaan dan Jalan Kaki serta mengadakan SERKAP/SERDAP bagi membanteras pencerobohan samada oleh PATI mahupun jenayah rentas sempadan di sepanjang sempadan Malaysia – Indonesia.