Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 11 Ogos 2022 - YB Dato' Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz, Timbalan Menteri Pertahanan selesai membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Lembaga Tabung Angkatan Tentera (Pindaan 2022) di Dewan Negara untuk bacaan kedua dan ketiga.

Seramai lima orang pembahas dari kalangan ahli-ahli Senator Dewan Negara telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan di Dewan Negara dan seterusnya usul pindaan RUU ini diluluskan dengan undian suara.

Pindaan RUU LTAT 2022 ini akan membolehkan LTAT sebagai pengurus tabung caruman gaji anggota tentera menjamin wang caruman anggota tentera supaya selamat dan terpelihara.

Selain itu, pindaan ini juga dapat memastikan tabung tersebut diuruskan dengan baik dan kompetitif melalui Perumpukan Aset Strategik yang berkesan pada masa hadapan tanpa campur tangan pihak luar. Ianya selaras dengan pelan transformasi LTAT untuk kekal sebagai sebuah tabung caruman tentera yang dinamik dan progresif seiring dengan perubahan zaman.