Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

SARAWAK, 5 Ogos 2022- Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato' Sri Muez bin Abd Aziz telah menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) & Pingat Perkhidmatan Pekerti Terbilang (PPT) Tahun 2022 Peringkat Kementerian Pertahanan Cawangan Sarawak yang bertempat di Hotel Imperial.

Seramai 55 orang penerima APC dan 16 orang pesara yang terdiri daripada 13 orang pesara wajib dan 3 orang pesara pilihan yang bertugas di Negeri Sarawak telah turut terlibat dalam majlis tersebut.

Semua penerima APC telah menerima Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan insentif prestasi wang tunai berjumlah RM1,000.00. Sementara itu, para pesara menerima Sijil Penghargaan serta insentif persaraan berjumlah RM400.00 dan juga tambahan pingat PPT kepada mereka yang bersara wajib.

Majlis turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan, YBhg. Datuk Dr. Shahrazat binti Haji Ahmad serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan ATM.