Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

SARAWAK, 5 Ogos 2022 – Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein telah merasmikan Poliklinik Kesihatan Angkatan Tentera yang pertama di Malaysia di Kem Penrissen, Kuching.

Pembangunan poliklinik ini dirancang bagi memenuhi keperluan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam aspek kebajikan berkesinambungan dengan dasar kerajaan yang bertunjangkan Keluarga Malaysia yang mana akan memberi faedah bukan sahaja kepada warga tentera tetapi meliputi ahli keluarga, veteran dan masyarat sekitar kem.

Inisiatif poliklinik kesihatan ini dibangunkan bagi mengurangkan kebergantungan dan beban di Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT), Pusat Perubatan ATM dan Hospital Angkatan Tentera. Terdapat lima (5) buah poliklinik yang dirancang dan Poliklinik Kesihatan Angkatan Tentera Kem Penrissen merupakan perintis dan rujukan bagi pembinaan poliklinik pada masa akan datang.

Selain itu, poliklinik ini mampu menampung kedatangan seramai 500 hingga 800 pesakit sehari selain merupakan one stop centre dalam menyediakan perkhidmatan perubatan dan pergigian kepada warga tentera dan awam serta keluarga mereka.

Turut hadir bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato’ Sri Muez Abd Aziz; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj. Affendi Buang (TUDM) dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain serta Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian.