Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

NEGERI SEMBILAN, 4 Ogos 2022 – Ketua Setiausaha, YBhg. Dato’ Sri Muez Abd Aziz mewakili Kerajaan Malaysia telah menandatangani Memorandum Persefahaman di antara Kerajaan Malaysia dan Duta Besar Amerika Syarikat, TYT Brian D. McFeeters mewakili Kerajaan Amerika Syarikat di Muzium Tentera Darat, Port Dickson.

Memorandum ini dimeterai bertujuan untuk menjalankan aktiviti kolaborasi dalam penyelidikan, penyiasatan dan repatriasi terhadap spesimen mayat anggota tentera Amerika Syarikat yang terkorban atau hilang semasa Perang Dunia Kedua di Malaysia.

Turut hadir menyaksikan memorandum ini ditandatangani adalah Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain serta Pegawai-Pegawai Kanan Awam Kementerian dan ATM.