Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 1 Ogos 2022 - Ketua Setiausaha, Dato’ Sri Muez Abd Aziz dan isteri, Datin Sri Rafidah Latif Pengerusi PUSPANITA Cawangan MINDEF telah meluangkan masa untuk bersama – sama mengikuti Ceramah "Ku Sambut Hijrah" di Auditorium MINDEF.

Ceramah ini adalah anjuran PUSPANITA MINDEF dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Pekerja Awam Islam Kementerian Pertahanan (PAKPAI) dan Surau Al-Hidayah yang disampaikan oleh penceramah jemputan Ustaz Syamsul Debat.

Ianya bersempena menyambut Awal Muharram dan Bulan Kemerdekaan pada bulan ini serta mendapat sambutan yang baik daripada warga kerja MINDEF dan ATM.