Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 1 Ogos 2022 - YB Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz, Timbalan Menteri Pertahanan selesai membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) (Pindaan) 2022 di Dewan Rakyat.

Pindaan RUU LTAT 2022 ini memfokuskan kepada 4 tiang utama iaitu:
1. Perlindungan ke atas wang caruman anggota tentera;
2. Meningkatkan perlindungan sekuriti sosial anggota tentera;
3. Memperkukuhkan tadbir urus LTAT;
4. Memastikan pengisytiharaan dividen yang lestari kepada anggota tentera berdasarkan kepada prestasi kewangan LTAT.

Bersama-sama beliau dalam sesi pembentangan ini juga adalah barisan kepimpinan tertinggi LTAT dan pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan.

Seterusnya RUU LTAT (Pindaan) 2022 ini akan dibawa ke Dewan Negara untuk diluluskan sebelum dimohon perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk menjadi Akta.