Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 2 Ogos 2022 - Taklimat Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja Kementerian Pertahanan Oleh Hj. Shahronizam Bin Hj Nordin, Pengurus National Institute of Occupational Safety & Health (NIOSH) bertempat di Auditorium Wisma Pertahanan.

Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan dan ilmu pengetahuan kepada warga Kementerian dalam mengimplementasikan semua aktiviti berkaitan keselamatan dan kesihatan bagi memastikan tempat kerja yang selamat dan sihat.

Ianya juga sebagai platform untuk mewujudkan kerjasama antara majikan dan pekerja bagi mengalakkan dan membangunkan langkah-langkah keselamatan dan kesihatan di tempat kerja sejajar dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.