Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

PUTRAJAYA 30 Julai 2022- Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato’ Sri Muez Abdul Aziz telah menghadiri Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang pagi tadi. Pelancaran Bulan Kebangsaan ini telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, bertempat di Dataran Putra.

Kementerian Pertahanan juga turut terlibat menyertai program “Berjalan Teguh Bersama” yang bermula di Dataran Putra dan berakhir di Istana Kehakiman. Dalam pada itu, kontinjen menunjukkan komitmen terbaik sehingga dinobatkan sebagai Naib Johan Kontinjen terbaik.

Turut serta bersama Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi Buang TUDM dan pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan.