Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 29 Julai 2022 - Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1444H & Majlis Bacaan Yasin dan Doa Sempena Sambutan Hari Pahlawan di Masjid Wilayah Persekutuan.

Turut hadir mengiringi YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato’ Sri Muez Abd Aziz.

Majlis dimulai dengan bacaan doa akhir dan awal tahun dipimpin oleh Sahibul Fadhilah Tuan Haji Ehsan Mohd Hosni, Imam Besar Masjid Negara.

Seterusnya, penyampaian Titah Diraja oleh Kebawah Duli yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan diikuti dengan Penyampaian Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.

Tetamu yang hadir terdiri daripada barisan Menteri-Menteri dan Timbalan Menteri, Panglima Perkhidmatan, Duta-Duta, Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua-Ketua Jabatan/Agensi Kerajaan, Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan dan orang awam.