Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 29 Julai 2022 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong berkenan mencemar duli menunaikan solat jumaat bersama-sama dengan warga ATM bertempat di Masjid Khalid Al Walid, Jalan Padang Tembak.

Khutbah khas Jumaat yang bertajuk “Segagah Khalid Al-Walid” telah disampaikan Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera, Mejar Jeneral Mohd Rashidi Bujai sempena Hari Pahlawan yang bakal diadakan pada 31 Julai 2022.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan Pertahanan YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Ikmal Hisham, Ketua Setiausaha, YBhg. Dato’ Sri Muez Abd Aziz serta Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi Buang TUDM.

Sebelum keberangkatan pulang, Seri Paduka Baginda turut beramah mesra serta bersalaman bersama jemaah yang hadir.