Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 27 Julai 2022 - Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato’ Sri Muez Abdul Aziz telah hadir ke Sesi Taklimat Khas Bengkel Pemurnian & Penyeragaman Dokumen Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) bagi mendapatkan input secara kolektif daripada pemegang taruh Kementerian Pertahanan.

Sesi ini juga turut menerangkan cadangan inisiatif bagi membangunkan industri pertahanan tempatan serta sesi libat urus yang telah dijalankan ke arah membangunkan industri pertahanan.