Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KOTA BHARU, 23 Julai 2022- Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah merasmikan Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV sebentar tadi.

AKM Kelantan yang bertemakan Keluarga Malaysia Keluarga Digital telah membuka tirai semalam dan berakhir pada 24 Julai 2022(Ahad). Turut hadir, Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz yang menyertai majlis perasmian tersebut.