Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 20 Julai 2022 - Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato’ Sri Muez Abdul Aziz telah menyempurnakan Majlis Perasmian dan Flag Off, Program Turun Padang Psikologi MINDEF tahun 2022 anjuran Cawangan Pengurusan Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di parkir bas MINDEF.

Objektif program adalah untuk memperluaskan outreach perkhidmatan di samping mengurangkan stigma atau tanggapan negatif terhadap perkhidmatan psikologi dan Kaunseling.

Program ini akan berlangsung mulai 20 sehingga 22 Julai 2022 bertempat di Markas Pemerintahan Pasukan Simpanan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) Sg Lunchoo, Johor. Seramai 120 orang peserta dari kumpulan pelaksana dan kumpulan Pengurusan & Professional yang bertugas di Wisma Pertahanan, Markas 7 Briged, Johor dan Ahli AKRAB Mindef seluruh Malaysia terlibat dalam program ini.