Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

UNITED KINGDOM, 18 Julai 2022- Kementerian Pertahanan dan Syarikat Alpine Integrated Solutions telah menyertai Pavilion Malaysia anjuran MATRADE di Farnborough International Airshow (FIA) 2022 yang diadakan di Lapangan Terbang Farnborough, Hampshire.

Salah satu objektif penyertaan ini adalah dalam usaha mempromosikan penganjuran Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition 2023 (LIMA 23) yang bakal berlangsung pada tahun hadapan.

Kementerian Pertahanan diwakili oleh Pn. Fazidah binti Mustafa Setiausaha Bahagian Industri Pertahanan, manakala Alpine Integrated Solutions diketuai oleh Pengarah Urusan, Pn. Anita Jacobson.

Turut hadir Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM serta wakil daripada 17 syarikat daripada Malaysia yang menyertai Pavilion Malaysia di FIA 2022.