Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

LUBNAN, 9 Julai 2022- Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia, Dato' Sri Muez bin Abdul Aziz telah melaksanakan Majlis Ibadah Korban dan akikah di Nadi Taming Sari, UNP 2-1,Kem Marakah, Selatan Lubnan.

Acara telah dimulakan dengan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha diikuti dengan Khutbah Aidiladha yang diadakan di Masjid Kawkaba. Selepas itu, pelaksanaan Ibadah Korban dimulakan dengan simbolik penyerahan pisau sembelih daripada KSU kepada Pegawai Staf 2 Agama MALBATT 850-9. Sebanyak seekor lembu dan 89 ekor kambing telah dikorbankan sepanjang perlaksanaan ibadah tersebut. Pada masa yang sama, KSU bersama delegasi juga turut menyumbangkan 32 ekor kambing untuk disembelih dan diagihkan kepada penerima yang layak.

Majlis turut dihadiri oleh Panglima Angkatan Bersama; Lt Jeneral Dato' Sri Indera Haji Yazid bin Haji Arshad TUDM, Presiden PUSPAHANAS; Laksdya Dato' Pahlawan Syed Zahrul Petra bin Syed Abdullah, SUB Kewangan KEMENTAH; Datuk Muhamad Zamani bin Mohd Ali, Asisten Ketua Staf J2 MK AB; Brig Jen Dato' Md Rahim bin Mohamad, Ketua Pengarah KAGAT; Mej Jen Haji Mohd Rashidi bin Bujai, delegasi- delegasi Kementerian Pertahanan Malaysia.