Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 13 Julai 2022 - YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob diiringi Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato' Seri Hishammuddin Hussein telah merasmikan Blueprint Perumahan 3.0 Kementerian Pertahanan di Wisma Perwira ATM.

Blueprint Perumahan 3.0 ini dirangka berteraskan 3 objektif utama iaitu Pembinaan Perumahan RKMAT, Penyelenggaraan Perumahan dan Pemilikan Rumah untuk Warga Kerja Pertahanan dan Veteran.

Agenda perumahan ini akan diteruskan kepada penyediaan baki keperluan 12,733 unit Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT) seluruh negara menerusi lima fasa bermula 2023 hingga 2030.

YAB Perdana Menteri dalam ucapannya, selari dengan aspirasi Keluarga Malaysia yang diperkenalkan, rangka tindakan ini akan memastikan perancangan Agenda Perumahan MINDEF dapat dilaksanakan dengan teratur.

Selain itu, usaha sama antara MINDEF dan semua pihak berkepentingan akan berterusan sekali gus membawa manfaat besar kepada aspek kebajikan anggota ATM.

Turut hadir Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Dato’ Sri Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato’ Sri Muez Abd Aziz, Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Datuk Ir Haji Mohamed Zulkefly Sulaiman dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain.