Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

LUBNAN, 8 Julai 2022 - Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato’ Sri Muez Abd. Aziz telah melaksanakan kunjungan hormat kepada Duta Besar Malaysia di Beirut, TYT AMB Azri Mat Yacob hari ini.

Turut hadir Setiausaha Bahagian Kewangan MINDEF, YBhg. Datuk Muhamad Zamani Mohd Ali, Panglima Angkatan Bersama, Lt Jen Dato’ Indera Hj Yazid Hj Arshad TUDM, Presiden PUSPAHANAS, Laksdya Dato’ Pahlawan Syed Zahrul Petra Syed Abdullah, AKS J2 MK AB, Brig Jen Dato’ Md Rahim Mohamad dan Ketua Pengarah KAGAT, Mej Jen Hj Mohd Rashidi Bujai.

YBhg. Ketua Setiausaha akan melaksanakan lawatan rasmi beliau ke Lubnan bermula 6 Julai sehingga 13 Julai ini.