Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 5 Julai 2022 - Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Hussein meluangkan masa meraikan pelepasan jemaah haji Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan MINDEF ke Tanah Suci Makkah di Kuala Lumpur International Airport (KLIA).

Seramai 235 warga ATM akan mengerjakan ibadah haji terdiri daripada 55 orang daripada TDM, 15 orang daripada TLDM dan 36 orang daripada TUDM.

Selain daripada itu, peserta haji turut disertai oleh 76 orang veteran ATM dan 47 orang kakitangan awam KEMENTAH. Jemaah haji ini bakal berangkat ke Tanah Suci Makkah pada 5 Julai sehingga 13 Ogos 2022 iaitu selama 40 hari.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Dato’ Sri Muez Abdul Aziz serta Ketua Staf Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Zakaria bin Hj Yadi.