Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

Kuala Lumpur, 4 Julai 2022 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan mencemar duli mengadakan lawatan rasmi ke Kementerian Pertahanan hari ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda di Wisma Pertahanan telah disambut oleh Menteri Kanan Pertahanan YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato' Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Dato' Sri Muez Abd Aziz, Panglima-Panglima Perkhidmatan serta Pegawai Kanan Kementerian.

Seri Paduka Baginda telah menerima Tabik Hormat Diraja dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja terdiri daripada 4 pegawai serta 103 anggota.

Dalam sesi lawatan ini, Seri Paduka Baginda berkenan menerima sembah taklimat dari Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pertahanan dan ATM berkenaan Pelan Pemulihan Aset Littoral Combat Ship (LCS), Pindaan Akta Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), agenda memperkasakan Veteran ATM dan Pengoperasian Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD).

Lawatan rasmi ke Kementerian Pertahanan ini merupakan julung kali dizahirkan Seri Paduka Baginda ke atas organisasi Kementerian-Kementerian di Malaysia sejak ditabalkan sebagai KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Menjunjung Kasih, Daulat Tuanku!