Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 29 Jun 2022 - Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato' Seri Hishammuddin Hussein telah menerima kunjungan hormat daripada Menteri Luar Australia, TYT Senator Penny Wong di Wisma Pertahanan hari ini.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan erat antara Malaysia dan Australia sebagai Rakan Kongsi Strategik Komprehensif (CSP) selain bertukar pandangan mengenai isu dua hala, serantau dan antarabangsa demi kepentingan bersama.