Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

PULAU PINANG, 29 Jun 2022 - Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato' Sri Muez Abd Aziz telah menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) & Pingat Perkhidmatan dan Pekerti Terbilang (PPT) Tahun 2022 Peringkat Markas 6 Briged di The Light Hotel hari ini.

Seramai 68 orang penerima APC dan 24 orang pesara yang terdiri daripada 21 orang pesara wajib dan 2 orang pesara pilihan serta seorang pesara atas faktor kesihatan yang bertugas di Negeri Perlis, Pulau Pinang & Kedah.

Tahun ini, penerima APC menerima Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan insentif prestasi wang tunai berjumlah RM1,000.00. Sementara itu, para pesara menerima Sijil Penghargaan serta insentif persaraan berjumlah RM400.00 dan juga tambahan pingat PPT kepada mereka yang bersara wajib.

Majlis turut dihadiri Panglima Markas 2 Divisyen, YBhg. Dato' Haji Muhammad Huzaimi bin Sabri; Setiausaha Bahagian BPSM, YBrs. Encik Yuswan bin Yunus serta Pegawai - Pegawai Kanan Kementerian Petahanan dan ATM yang lain.