Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

PULAU PINANG, 28 Jun 2022- Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia, YBhg. Dato’ Sri Muez Bin Abd Aziz dan Setiausaha Tetap (Pertahanan), Kementerian Pertahanan Singapura, T.Y.T Chan Heng Kee telah mempengerusikan secara bersama mesyuarat ke-55 FPDA Consultative Council (FCC) sebentar tadi.

Secara keseluruhannya mesyuarat yang turut dihadiri oleh delegasi dari Australia, New Zealand dan United Kingdom telah berjalan dengan jayanya. Selain itu, delegasi FCC turut dijadualkan untuk melawat Headquarters Integrated Area Defence system (HQIADS) di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang pada 29 Jun 2022.