Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 8 Jun 2022 – LIMA bakal kembali beraksi pada 23 Mei 2023 hingga 27 Mei 2023 di Langkawi, Kedah dengan lebih banyak pembaharuan seperti segmen pertunjukkan dron, segmen teknologi angkasa, forum syarikat penerbangan, program untuk remaja dan segmen wanita dalam pertahanan yang akan disaksikan oleh para pengunjung, delegasi antarabangsa dan pempamer.

Sebentar tadi, Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Hussein telah menyempurnakan Pra Pelancaran LIMA 2023 yang turut disaksikan oleh Menteri Pengangkutan, YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong di Auditorium MINDEF.

Dalam majlis tersebut, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato’ Seri Muez Abd Aziz bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, YBhg. Datuk Isham Ishak turut menandatangani pelantikan Alpine Integrated Solution Sdn Bhd sebagai penganjur LIMA 2023.

Pameran LIMA ini dilihat sebagai satu platform terbaik bagi syarikat industri pertahanan dari seluruh dunia dan secara tidak langsung dapat membuka lebih banyak peluang dalam usaha menghubung dan mempromosikan kerjasama strategik antara syarikat industri pertahanan tempatan dan antarabangsa.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj. Affendi Buang TUDM, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak, Panglima-Panglima Perkhidmatan, Pengerusi Alpine Integrated Solution, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Khairul Adib.