Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

SINGAPURA, 11 Jun 2022 - Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato' Seri Hishammuddin Hussein telah mengetuai delegasi Malaysia bagi menyertai The 19th International Institute for Strategic Studies (IISS) Shangri-La Dialogue 2022 (SLD2022) yang diadakan di Hotel Shangri-La.

YB Menteri Kanan Pertahanan turut diberi penghormatan menjadi salah seorang panel semasa sesi ketiga bertajuk “Developing New Forms of Security Cooperation”.

Beliau telah berkongsi pendapat mengenai perspektif Malaysia terhadap perkembangan dalam kerjasama keselamatan dua hala dan pelbagai hala di Asia-Pasifik.

Selain itu juga, turut mengulas bentuk kerjasama baharu yang berkemungkinan mampu mempengaruhi landskap keselamatan sedia ada serantau.

Penyertaan YB Menteri Kanan Pertahanan ke Forum SLD2022 ini menunjukkan komitmen serta kepimpinan Malaysia dalam isu pertahanan dan keselamatan di rantau Asia Tenggara.