Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

SABAH, 16 Jun 2022 - Veteran Tentera Darat, Staf Sarjan John bin Somudin (Bersara) miliki rumah baharu yang merupakan sebahagian daripada Program Jiwa Murni hasil daripada bantuan anggota Tentera Darat.

Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad, Panglima Medan Timur Tentera Darat telah menyempurnakan penyerahan kunci rumah kepada veteran tersebut bertempat di Kampung Balabakan, Jalan Pekan Nabalu, Tamparuli.

Pembinaan rumah mengambil masa selama 80 hari dengan melibatkan seramai 20 anggota Tentera Darat dengan kos binaan sebanyak RM62,000.00 sumbangan daripada Panglima Tentera Darat, Kerajaan Negeri Sabah, Wakil Rakyat Tempatan dan Tabung Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja.

Sebelum ini, beliau telah ditimpa musibah apabila kediaman yang diduduki hangus akibat kebakaran pada 12 April 2021 berpunca dari litar pintas pendawaian eletrik.

Turut hadir bersama Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia, Mej Jen Dato' Dzulkafli Hj Mustaffa, Panglima Divisyen Kelima Infantri, Mej Jen Datuk Hj Mohd Halim bin Khalid, Wakil Pejabat Pegawai Daerah Tuaran dan Ketua Kampung Balabakan.