Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KOK LANAS, 17 Jun 2022 - Seramai 4 Pegawai dan 30 anggota Lain-lain Pangkat 8 Komp Angkut KPD telah menganjurkan Program Jiwa Murni di Tanah Perkuburan Islam Kg. Geting, Tumpat.

Program ini turut disertai oleh 15 orang penduduk kampung sekitar Kg. Geting.

Turut hadir menyertai program jiwa murni ini ialah Pegawai Pemerintah 8 Komp Angkut KPD, Mej Mohd Alwi bin Yunus bersama-sama menghulurkan tangan bagi membantu rakyat setempat dalam membersihkan semula kawasan tanah perkuburan Islam yang terbiar akibat Pendemik Covid-19.

Perlaksanaan PJM ini telah berjaya membentuk jalinan kerjasama dan mengeratkan hubungan antara warga tentera dan orang awam, selaras dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Peningkatan Hubungan Tentera Darat dengan Awam dan sejajar dengan Kata Kunci Keenam Perintah Ulung Panglima 8 Bgd Ke - 27 iaitu Gabungan.

Sumber : Briged Kelapan Infantri Malaysia