Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

ARAB SAUDI, 17 Jun 2022 - Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein telah mengadakan pertemuan dua hala bersama Putera Mahkota Mohammed bin Salman yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kerajaan Arab Saudi hari ini.

Pertemuan dua hala ini adalah bagi meneliti isu serantau dan antarabangsa untuk kepentingan kedua-dua pihak.

Selain itu, YB Menteri Kanan Pertahanan turut mengadakan perbincangan sekaligus mengeratkan lagi hubungan bilateral dari aspek perdagangan, ekonomi, pelaburan, ketenteraan dan keselamatan negara.

Hasil daripada pertemuan kedua dua pihak, bersetuju untuk menubuhkan satu kumpulan kerja bagi berkongsi pengetahuan dan potensi kerjasama dalam industri pertahanan selain meneroka peluang kolaborasi Malaysia dan Arab Saudi.

Dalam mengukuhkan industri pertahanan dan keselamatan, YB Menteri kanan Pertahanan berkesempatan untuk bertemu Putera Khalid Bin Salman, Timbalan Menteri Pertahanan Kerajaan Arab Saudi bagi membincangkan tentang hubungan strategik dan kerjasama dalam aspek pertahanan dan ketenteraan.