Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 18 Jun 2022 - KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustafa’in Billah telah berkenan mencemar duli bagi menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Ke-11 Sidang Pertama UPNM.

Turut berangkat sama Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Pada tahun ini, jumlah keseluruhan pelajar yang Berjaya menamatkan pengajian dan bergraduat bagi tahun 2020 dan 2021 adalah seramai 2,229 orang. Ini termasuklah 32 orang graduan dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD), 118 orang graduan dianugerahkan Ijazah Sarjana, 1,518 orang graduan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda dan 561 orang graduan dianugerahkan Diploma.

Istiadat konvokesyen pada kali ini turut diserikan dengan penganugerahan Hadiah Akademik bagi tahun 2020 dan 2021 kepada 83 orang graduan Ijazah Sarjana Muda bagi kategori Pingat Emas Pelajaran Diraja, Pingat Emas Canselor, Pingat Emas LPU (Kepimpinan), Pingat Emas Naib Canselor, Pelajar Diploma Terbaik, Hadiah Buku Sarjana Muda dan Hadiah Buku Diploma.

Hadir sama Tan Sri (Dr) Syed Azman Syed Ibrahim, Pengerusi LPU UPNM dan Lt Jen Datuk Hasagaya Abdullah, Naib Canselor UPNM.