Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 20 Jun 2022 - Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Dato' Sri Muez Bin Abd Aziz telah menyampaikan Sijil Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan (AKKP) Tahun 2021 kepada wakil Kementerian Pertahanan yang diwakili oleh Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan, Encik Mohd Shahrizal Bin Mohd Nor dengan memperoleh status pencapaian Empat bintang di Wisma Pertahanan hari ini.

Tujuan pelaksanaan AKKP adalah untuk mewujudkan persaingan bagi meningkatkan komitmen Ketua Jabatan dan Pegawai Keselamatan Jabatan agar sentiasa konsisten dalam mengamal, melaksana dan menguatkuasakan keselamatan perlindungan di tahap yang terbaik sehingga diberi pengiktirafan di peringkat tertinggi.